Sunday 6 April 2014

MANFAAT KOPI UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN TUBUH


Kita sering dimomokkan bahawa kopi tidak elok untuk kesihatan. Hmm.. hakikatnya kopi tetap mempunyai kebaikannya tersendiri. Mari kita lihat kebaikan kopi untuk kesihatan dan kecantikan :
1-Kandungan kafein dalam kopi

Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.



Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.

2-Kopi bergula meningkatkan prestasi otak

Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.


3-Kandungan Antioksida dalam kopi

Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.

Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.



Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. “Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. 



Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. “Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.-  SUMBER



Kajian mendapati kandungan kafein di dalam kopi adalah sekitar 1% sahaja. Kafein pula akan menjadi lemah apabila bergabung dengan protein dari susu.
Antara khasiat meminum kopi adalah seperti berikut :

1. Mengembangkan salur darah. Kerana itulah minum kopi dapat menghilangkan mengantuk. Apabila salur darah mengembang, lebih banyak darah (beserta oksigen) yang dapat dihantar ke bahagian badan antaranya otak. Ia juga akan dapat menghalang pengumpulan toksid di dalam otak. Menghidu bau kopi sudah cukup menyegarkan.

2. Meningkatkan daya denyutan jantung dan nadi. Darah akan bergerak lebih lancar dan keupayaan bekerja akan meningkat.

3. Menjadikan usus lebih aktif. Ini akan membantu tubuh menyerap nutrient dengan lebih baik dan dapat mengurangkan kemungkinan sembelit.

4. Meransang kelenjar perut untuk membebaskan lebih banyak bahan penghadaman. Ini baik bagi membantu penghadaman makanan yang lebih sempurna lebih-lebih lagi makanan yang tidak dikunyah secara sempurna. 
 


Minum kopi selepas makan telah menjadi budaya masyarakat Barat. Namun bagi orang Asia, ia sering dilihat dalam perspektif yang negatif walhal khasiatnya amat banyak. Jika anda masih bimbang, terdapat banyak kopi tanpa kafein di pasaran hari ini.


Islam mengajar umatnya agar sentiasa bersederhana. Makan dan minum secara bersederhana adalah baik untuk kesihatan. Seperti mengambil kopi yang berlebihan adalah memudaratkan, minum madu, makan nasi, hatta minum air kosong secara berlebihan pun akan memberi mudarat. Yang penting bersederhana.


Terdapat riwayat menyatakan bahawa kopi adalah antara minuman kegemaran Baginda Nabi Muhammad s.a.w selain madu dan susu.

Wallahualam -





Khasiat Untuk LELAKI :

Kajian baru menunjukkan lelaki yang minum kopi dengan kerap mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser kelenjar prostat.

“Setelah melihat semua data pada pesakit kanser prostat. Lelaki yang minum kopi paling kerap mempunyai peluang 20% lebih rendah daripada lelaki yang tidak kerap minum kopi setelah tindakan susulan dilakukan” kata pengkaji Lorelei Mucci, ScD, MPH profesor madya dalam bidang epidemiologi di Harvard School of Public Health.
20% kurang risiko adalah di kalangan lelaki yang minum kopi sebanyak 6 cawan sehari berbanding lelaki yang tidak minum kopi dalam sehari.
Kopi menjadi pelindung ketara kepada kanser prostat yang boleh membawa kepada kematian. Di kalangan lelaki yang meminum kopi 3 cawan sehari risiko kanser prostat yang membunuh berkurang 29% dibandingkan dengan bukan peminum kopi. Dan lelaki yang minum 6 cawan atau lebih sehari, peratus risiko untuk mendapat kanser prostat berkurang sebanyak 60%.
Dan apa yang mengejutkan, bahan kafein di dalam kopi bukanlah yang menyebabkan risiko kanser prostat itu menurun.
Kajian ini diterbitkan secara online di Journal of the National Cancer Institute.
Kajian lain juga menunjukkan kopi bukan sahaja mengurangkan risiko kanser prostat, tetapi juga penyakit diabetes jenis 2, parkinson, batu hempedu dan juga kanser hati.
Profesor Madya Muci dan rakan-rakannya melakukan kajian susulan terhadap 47,911 menyertai kajian ini.
Dari tahun 1986 hingga tahun 2006, seramai 5,035 lelaki telah didiagnos mempunyai penyakit kanser prostat. Ini termasuk seramai 642 orang lelaki yang telah didiagnos mempunyai penyakit kanser prostat tahap akhir.
Mereka melihat terdapat perkaitan antara kopi dan juga kanser prostat. Mereka juga melibatkan faktor risiko lain seperti obesiti dan juga merokok.
“Kami masih lagi tidak pasti apakah mekanisma yang melibatkan kopi dan juga kanser prostate” kata profesor Madya Mucci pada WebMd.
Ia mungkin disebabkan terdapat bahan yang mengawal rembesan hormon insulin, hormon yang bertanggungjawab mengawal kandungan gula di dalam darah. Kadar insulin yang tinggi dalam darah antara kajian awal punca penyebab kepada kanser prostat.
Walaubagaimanapun pendapat ini masih terlalu awal untuk  untuk memberitahu mereka yang kopi ini boleh merendahkan risiko kanser prostat.
Kajian demi kajian harus dilakukan untuk melihat kelebihan kopi ini terhadap manusia. Sekiranya kita dahulu mengatakan kopi ini banyak keburukan. Kemungkinan kajian ini memberi sedikit impak yang berbeza terhadap pandangan tersebut.
Mungkin anda perlu mempertimbangkan semula pandangan anda terhadap kopi ini- SUMBER




Khasiat KOPI Untuk KECANTIKAN :


1. Mampu mengangkat sel kulit mati sehingga boleh memperbaiki kulit yang rosak.


2. Dapat menuetralkan kulit yang terhidrat sekaligus memberi nutrisi pada kulit.
3. Berupaya menghilangkan bau badan.

4. Mampu merangsang kelahiran sel kulit baru dan menjaga kelembapan kulit.


5. Mampu menghilangkan bekas jerawat, dan noda hitam pada kulit.


6. Boleh menghilangkan selulit jika dilakukan secara teratur.


7. Dapat memperbaiki peredaran darah dan memecah lemak di tubuh yang dapat menimbulkan selulit.


8. Berfungsi sebagai astringent kerana kandungan pH-nya sama dengan kulit kita (4,5) sehingga mampu mengurangkan dan menghilangkan jerawat ataupun noda di kulit.


9. Memberi perlindungan terhadap sinar UVA atau UVB.




Tingkatkan keupayaan tubuh membakar kalori dengan secawan Callysta Bali Coffee setiap pagi.

★100% organik daripada sumber alami
★ Buatan Malaysia
★ Keluaran Muslim
★ Halal
★ Megikut garis panduan KKM
★ TANPA pengawet / pewarna/ pemanis tiruan
★ Tidak mengganggu perut
★ Melangsing dan memejalkan punggung dan dada
★ Memberi tenaga dan kecergasan
★Merapatkan keintiman dan tenaga libido
★ Awet muda / agen antioksida
★ Melicinkan kulit
★ Wajah berseri dan kemerahan (pinkish)
★ Juga amat sesuai untuk lelaki
★ Beribu testimoni yang berjaya!
★ Satu botol tahan untuk sebulan.
############################################



  • Harga biasa ; RM 120
    HARGA PROMOSI
    hanya RM 110 (with postage)
    Beli 2 jar Callysta Bali Coffee (RM200)

SILA BUAT PEMBAYARAN KE AKAUN BERIKUT: 

MAYBANK : 164557180197 
CIMB : 7611771273
NAMA: WAZNAH BT MAMAT
Email : wawaznah@yahoo.com
Tel : 013 9331911

# tambah Rm5.00 untuk sabah dan Sarawak
#####################
POSTAGE DETAILS (Nama Penuh/Alamat Pos/No.Fon) 

Syarikat akan pos produk selepas anda membuat bayaran. Sila sertakn bukti pembayaran.
~happy shopping~

No comments:

Post a Comment