Wednesday 24 December 2014

PEMBATALAN GEGEY FESTIVAL

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

PENGUMUMAN PENTING

Setelah berbincang dengan semua pihak terlibat, pihak Gegey Ventures ingin memohon maaf kerana TERPAKSA MENUNDA Gegey Festival 3.0 kepada suatu tarikh yang akan diberitahu nanti.

Keputusan dibuat berdasarkan beberapa faktor utama, semua aspek keselamatan, segala rundingan bersama vendor, pendapat2 mereka yg lebih arif dan pakar, termasuk bilangan majoriti yg sebahagian besar yg bersetuju. Ini juga, sebagai tanda penghormatan dan rasa prihatin seluruh warga #gegeyvendor, rakan media, penaja dan kami Gegey Ventures buat mangsa2 banjir di Kelantan.

Harap semua vendor maklum yang pihak kami tidak dapat refund duit anda kerana semua persediaan telah dibuat. Sebaliknya kita akan mengadakan festival ini di satu tarikh yang akan ditetapkan.

Mohon semua dapat berlapang dada dan menerima keputusan yang kami buat ini adalah yg kami fikirkan terbaik untuk kesemua pihak.

Al-fatihah untuk semua mangsa banjir.. Kita sama2 doakan agar bencana ini akan berakhir secepat mungkin.

In Sha Allah

Best regards,
GFEST TEAM


No comments:

Post a Comment